Andaikan aku ini debu-debu
maka maafkan lah aku..
kerana telah mengotorkan baju kalian,
tadi seawal subuh,
ketika si jantan belum lagi berkokok,
dan embun masih mengiring lena,
aku telah memohon
pada Penciptaku yang maha agung
"Tuhan ku yang maha besar,
jasad ku rapuh,
rohku sudah tegar
aku rindu mahu bertemu dengan-Mu Tuhanku.."
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment